Kali ni saya nak berkongsi bersama sahabat tentang kejatuhan perak yang agak besar nilainya.
Jika sebelum ini kita semua menyaksikan betapa perak mendaki hingga ke puncaknya 49/oz begitu pantas dan cepat ia bergerak.
Jadi sudah almaklumlah bila benda dah di tahap tertinggi nilainya maka akan ada yang mengambil untung dengan jualan mereka.
Para penganalisis meramalkan bahawa perak akan mencapai 50/oz, namun apa yang kita lihat hanya setakat 49/oz je yang mampu dicapai oleh perak.
Kalau kita lihat pada graf perak berusaha dua kali untuk mencecah 50/oz namun tak kesampaian, maka dari itu berlakulah 'sellof'f'' pengambilan untung kerana mereka mengagak perak tak boleh cecah 50/oz buat masa ni.
Sedikit sejarah tentang perak pada tahun 1980, di mana perak pernah dikatakan mencapai 50/oz seterusnya menjunam kepada 10/oz beberapa minggu selepas itu, dan mengambil masa lebih 15 tahun untuk kembali ke tahap pada masa kini.
Namun, itu adalah 20 tahun yang lepas, kini manusia dah bijak dan dapat membezakan matawang yang kalis inflasi dan harta yang sebenar. Wassalam.
No comments:
Post a Comment