Saya ingin berkongsi ilmu bersama para sahabat tentang bagaimana nak bermula dalam pelaburan emas. Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut, ingin saya bertanya beberapa soalan kepada para peminat pelaburan emas;
- Anda yakin dengan pasaran emas?
- Anda yakin dengan harga semasa emas yang sentiasa meningkat/mahal?
- Anda yakin anda sendiri meminati emas?
- Sudah tentu anda sendiri telah membeli rantai emas, gelang emas, cincin emas untuk anak isteri dan famili anda, bukan?
Jika jawapan Ya, anda sebenarnya telah pun menceburi diri dalam perniagaan emas secara tidak langsung. Bagaimana?
Contoh;
Pada bulan April 2010 anda telah membeli seutas rantai emas seberat 51.38gram pada harga RM110.29/gram (RM110.29 x 51.38 =RM5666.70).
Pada bulan November 2010 anda nak jual untuk beli fesyen terbaru. Jadi, harga semasa pada November 2010 ialah RM134/gram. (RM134 x 51.38 =RM6884.92). Secara tidak sedar anda telah menjana
keuntungan sebanyak RM1218.22!!! Hanya 8 bulan.
Jika ditolak separuh harga sampingan, anda masih mendapat keuntungan kan!
Begitulah caranya dengan pelaburan emas fizikal seperti jongkong, dinar, syiling dan lain-lain. Cuma barangan kemas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ia melibatkan kos upah dan kos-kos sampingan yang sangat tinggi.
foto tidak memuaskan
(inilah permulaan pelaburan saya)
Bermulalah dengan pembelian pertama anda walau 1 dinar bersama saya.
(cawangan Gerik, Perak & Kuala Krai, Kelantan)
bagaimana ingin menjual emas dan bagaimana ingin mengetahui harga emas semasa?
ReplyDelete