PELUANG BERNIAGA

BannerFans.com

Produk Terbaru!!!

Kami Menjual Emas 999 'Bangle' Senang Untuk Teknik ar-Rahnu/ Pelaburan.

"Harga Jualan" ... (12/09/2012)

Rantai Tangan Gajah 999...
100g= RM18.25/g
50g= RM189.50/g
30g= RM189.85/g
20g= RM190.25/g
10g= RM190.50/g

Gelang Tangan (Bangle) 999
100g= RM188.50/g
50g= RM188.50g

30g= RM188.85/g
20g= RM189.25/g

10g= RM189.50/g

Gold Bar
50g= RM186.70/g
100g= RM186.25/g
500g/ 1kg= RM185.50/g

Emas 916...... RM175.50/g

"Harga We Buy"
Emas 999= RM163.00/g
Emas 916= RM150.00/g

Harga boleh bincang jika kuantiti banyak.

Saturday, October 30, 2010

Tahniah!!! Kelantan Juara 2010!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada seluruh rakyat Kelantan, tahniah anda telah diberikan cuti peristiwa sebagai meraikan pasukan bola 'The Red Warriors' yang menjuarai perlawanan akhir 2010.

Hidup "The Red Warriors!!!"...

Permulaan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi ilmu bersama para sahabat tentang bagaimana nak bermula dalam pelaburan emas. Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut, ingin saya bertanya beberapa soalan kepada para peminat pelaburan emas;

  1. Anda yakin dengan pasaran emas?
  2. Anda yakin dengan harga semasa emas yang sentiasa meningkat/mahal?
  3. Anda yakin anda sendiri meminati emas?
  4. Sudah tentu anda sendiri telah membeli rantai emas, gelang emas, cincin emas untuk anak isteri dan famili anda, bukan?
Jika jawapan Ya, anda sebenarnya telah pun menceburi diri dalam perniagaan emas secara tidak langsung. Bagaimana?

Contoh;
Pada bulan April 2010 anda telah membeli seutas rantai emas seberat 51.38gram pada harga RM110.29/gram (RM110.29 x 51.38 =RM5666.70).

Pada bulan November 2010 anda nak jual untuk beli fesyen terbaru. Jadi, harga semasa pada November 2010 ialah RM134/gram. (RM134 x 51.38 =RM6884.92). Secara tidak sedar anda telah menjana

keuntungan sebanyak RM1218.22!!! Hanya 8 bulan.

Jika ditolak separuh harga sampingan, anda masih mendapat keuntungan kan!

Begitulah caranya dengan pelaburan emas fizikal seperti jongkong, dinar, syiling dan lain-lain. Cuma barangan kemas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ia melibatkan kos upah dan kos-kos sampingan yang sangat tinggi.

foto tidak memuaskan
(inilah permulaan pelaburan saya)

Bermulalah dengan pembelian pertama anda walau 1 dinar bersama saya.
 (cawangan Gerik, Perak & Kuala Krai, Kelantan)

Friday, October 29, 2010

Harga Emas Dah Naik!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai perkongsian dengan para sahabat semua. Hari ni harga emas dah naik berbanding semalam
(28/10/2010 RM2988 kepada hari ni 29/10/2010 RM3033 untuk 20gram public gold).

Harga untuk esok belum tentu lagi, tapi emas semakin hari semakin naik. Para sahabat bolehlah kaji sendiri harganya.

Sekian, buat tatapan penggemar emas fizikal.

Thursday, October 28, 2010

Jualan Emas Jongkong Murah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya nak berkongsi dengan para sahabat tentang jualan emas jongkong yang dibuat sendiri oleh tauke kedai emas. Emas ini tidak secantik seperti emas public gold @ suisse @ lain-lainnya yang mempunyai bentuk menarik serta ada cop.

Kualiti emas ini adalah sama tulennya dengan emas public gold dan lain-lain iaitu emas 99.9. Emas ini diproses melalui barang kemas terpakai yang dijual di kedai tauke emas.

Para sahabat tidak perlu ragu-ragu kerana jaminan wang dikembalikan sekiranya kualitinya tidak setulen yang digambarkan.

Inilah bentuk emas dari tauke emas;
harga pada 28/10/2010 RM134/gram

Wednesday, October 27, 2010

Selamat Datang!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mengalu-alukan kunjungan para sahabat ke blog ini. Semoga sama-sama mendapat manfaat bersama di samping menjana pendapatan lumayan!