PELUANG BERNIAGA

BannerFans.com

Produk Terbaru!!!

Kami Menjual Emas 999 'Bangle' Senang Untuk Teknik ar-Rahnu/ Pelaburan.

"Harga Jualan" ... (12/09/2012)

Rantai Tangan Gajah 999...
100g= RM18.25/g
50g= RM189.50/g
30g= RM189.85/g
20g= RM190.25/g
10g= RM190.50/g

Gelang Tangan (Bangle) 999
100g= RM188.50/g
50g= RM188.50g

30g= RM188.85/g
20g= RM189.25/g

10g= RM189.50/g

Gold Bar
50g= RM186.70/g
100g= RM186.25/g
500g/ 1kg= RM185.50/g

Emas 916...... RM175.50/g

"Harga We Buy"
Emas 999= RM163.00/g
Emas 916= RM150.00/g

Harga boleh bincang jika kuantiti banyak.

Tuesday, November 30, 2010

Harga Emas Akan Naik Lagi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ada sedikit perkongsin ilmu tentang harga emas akan melonjak untuk dua tahun lagi, sila baca penjelasan di bawah ini:

Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012: MIA
2010/11/29

KUALA LUMPUR (Berita Harian): Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.
Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

"Ini menyebabkan beberapa kerajaan menyarankan emas digunakan sebagai rizab, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,364 bagi seauns," katanya.

Lim berkata, kerajaan AS terus memberikan tekanan kepada China untuk memperkukuh renminbi agar barangan China kurang berdaya saing.

Bagaimanapun, kata Lim, mata wang bukan satu-satunya faktor dalam pengeluaran dan perkhidmatan.
"Upah AS terlalu tinggi dan merupakan 60 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran dan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa perang perdagangan dan mata wang saling berkait.

"Kita telah melihat perang perdagangan AS-Jepun dalam tahun-tahun 80-an dan sejarah sentiasa berulang. Sesetengah negara mencadangkan agar mata wang Amerika digantikan sebagai mata wang dan rizab antarabangsa," katanya.

Malah, banyak bank pusat meletakkan rizab di bawah nilai mata wang lain dan emas, katanya.

Beliau berkata pengurus dana, pelabur antarabangsa terus membeli emas dan wang panas memburu aset Asian dan Brazil, Russia, India dan China, hingga mencetuskan kebimbangan tentang inflasi.

Lim berkata, EU menghadapi satu lagi pusingan krisis kewangan dan memerlukan 440 bilion (1 Euro=RM4.14) bagi langkah-langkah menyelamat anggota-anggotanya yang dibelenggu hutang.

EU dan tabung Kewangan Antarabangsa telah menubuhkan dana bernilai 750 bilion untuk membantu Greece pada Mei, katanya.

"Kini Sepanyol menghadapi kemungkinan berlakunya krisis kewangan. Beberapa negara anggota tidak begitu gembira untuk menyediakan dana tambahan bagi kestabilan kewangan Eropah.

"Keadaan ini mungkin mendorong mata wang dan harga emas di Asia meningkat lagi," katanya. - BERNAMA

Wednesday, November 17, 2010

"SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Niaga Emas 10 ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA"

Maaf zahir dan batin

Sama-sama kita menghayati erti pengorbanan.

Saturday, November 6, 2010

Wahai Peminat Pelaburan Emas, Jangan Tunggu Lagi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harga emas meningkat lagi berbanding hari-hari sebelumnya. Ini adalah bukti bahawa emas adalah logam yang sangat diminati ramai dan pelaburan emas amat menguntungkan dan menyakinkan.

Alhamdulillah, sedikit perkongsian dengan saudara terdekat dan para sahabat, mampu menarik minat mereka untuk melabur bersama. Mereka yakin dengan emas fizikal yang dibeli dan disimpan sendiri.

Sudah jadi lumrah masyarakat kita takut-takut serta tunggu dan lihat unutk melabur @ menyimpan wang dalam bentuk emas ni.

Ada yang masih tunggu hingga harga emas betul-betul tinggi baru nak melabur. Terpulanglah kepada mereka, tapi perlu ingat, harga emas sentiasa meningkat. Anda boleh rujuk kat statistik Bank Negara di sini.

Jadi, apa Jangan tunggu lagi!! Melaburlah sekarang walau bermula dengan 1 dinar. Silakan... 019-2481289 (Gerik / Kuala Krai)

Tuesday, November 2, 2010

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kenyataan Tun Dr. Mahathir berkenaan dolar yang akan jadi seperti tisu tandas. Cuba kita renung dan kaji apakah benar kenyataan ini dengan kedudukan wang kertas dan ekonomi sekarang?

KUALA LUMPUR 1 Nov.(Utusan Malaysia) – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Dinar emas mampu henti perang mata wang- Dr. Mahathir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah komen Dr. Mahathir tentang penggunaan dinar emas yang sangat berguna untuk kita semua.

KUALA LUMPUR Nov. 1 (Utusan Malaysia)- Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama

Monday, November 1, 2010

Bagaimana nak mulakan pelaburan emas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni tajuk saya ialah Bagaimana nak mulakan pelaburan emas. Sahabat di luar sana mungkin ada yang masih keliru tentang cara permulaanya. ok, saya bongkarkan caranya melalui pengalaman saya dan pendapat saya sendiri.

Jika cara ini baik dan sesuai untuk sahabat, silakanlah melabur, jika ia tidak sesuai, maka tunggulah sehingga harga emas semakin tinggi, "bagai pungguk rindukan bulan" @ "tunggu la bulan jatuh ke riba". Hehehe...

Jika anda bermodal kecil, maka saya syorkan belilah 1 dinar (RM637) (1/11/2010), terpulang pada anda samada nak simpan @ nak jual bila harga naik. Cuma kenaikkan harga dinar tak banyak sangat berbanding jongkong 20g/50g/100g. Tu biasa la, kalau modal besar untungnya pun besar juga.

Bagi saya, selepas melalui beberapa kajian sendiri dan yakin dengan pelaburan emas, saya terus melabur RM20k tanpa ragu-ragu lagi. Ini kerana Public Gold menawarkan harga RM20k pembelian emas sebagai dealer mereka.

Jadi, apa tunggu lagi, MULAKAN PELABURAN anda dengan menyimpan emas SEKARANG!!!  anda boleh berurusan dengan saya Niaga Emas 10 di talian 019-2481289, kawasan Gerik, Perak.